LISBON, 4 September – Sekurang-kurangnya 17 maut manakala 21 lagi cedera selepas kereta api funikular tergelincir dari landasan dan merempuh bangunan berhampiran di ibu kota Portugal, Lisbon semalam.
11 daripada mangsa cedera merupakan warga asing termasuk dua dari Jerman, dua Sepanyol serta warganegara Perancis, Itali, Switzerland, Kanada, Korea Selatan, Maghribi dan Tanjung Verde.
Insiden yang berlaku di kawasan tumpuan pelancong itu mencetuskan suasana pilu sehingga kerajaan Portugal mengisytiharkan hari berkabung negara. - AFP