fb fb fb fb fb

Dua anggota tentera Pakistan terbunuh berhampiran sempadan Afghanistan

Kumpulan Islam Taliban Pakistan (TTP), sekutu rapat Taliban Afghanistan, pernah menguasai barat laut Pakistan/Foto AFP

PESHAWAR, 4 September – Dua anggota tentera Pakistan terbunuh manakala lima lagi cedera selepas berbalas tembakan dengan Kumpulan Islam Taliban Pakistan (TTP) di kawasan sempadan berhampiran Afghanistan, malam tadi.

Menurut seorang pegawai tempatan, operasi keselamatan dilancarkan selepas grafiti TTP ditemui di bangunan kampung dan kumpulan itu dikesan meronda kawasan berkenaan.

Pertempuran yang berlaku semalaman itu menyebabkan anggota keselamatan terkorban kepada sembilan orang dalam tempoh 10 hari.

Dianggarkan sekitar 400 kumpulan TTP bergiat aktif di daerah sempadan pergunungan wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Tahun lalu, Pakistan merekodkan lebih 1,600 kematian akibat serangan kumpulan itu sekali gus merekodkan angka tertinggi dalam tempoh hampir sedekad. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN