BEIJING, 4 September - China menepis tuduhan Amerika Syarikat (AS) kononnya negara itu bersekongkol dengan Rusia dan Korea Utara ketika sambutan perarakan Hari Kemenangan sempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua di Beijing.
Kontroversi tercetus bila Presiden AS, Donald Trump, menulis di Truth Social menyindir Presiden Xi Jinping yang berarak bersama Vladimir Putin dan Kim Jong Un.
"Sila sampaikan salam hormat saya kepada Vladimir Putin, dan Kim Jong Un, semasa anda bersekongkol menentang AS,tulis Trump dengan nada sinis.
Namun, Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun, menafikan dakwaan itu.
Katanya, kehadiran pemimpin luar sebahagian daripada usaha memperingati sejarah serta memupuk keamanan.
“Hubungan diplomatik China dengan mana-mana negara tidak pernah ditujukan untuk menentang pihak ketiga,” jelasnya.
China turut mengecam kenyataan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Kaja Kallas, yang mendakwa pertemuan tiga pemimpin itu mencabar sistem antarabangsa berasaskan peraturan - AFP