fb fb fb fb fb

Gempa bumi Afghanistan: Angka korban lebih 2,200 orang

Penduduk Afghanistan melalui kawasan berbukit di Nurgal, Kunar susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan timur negara itu/Foto AFP

KABUL, 4 September – Sekurang-kurangnya lebih 2,200 orang disahkan maut dalam gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang melanda timur Afghanistan hujung minggu lalu.

Jurucakap Timbalan Kerajaan, Hamdullah Fitrat, berkata jumlah kematian kini meningkat kepada 2,217 orang manakala hampir 4,000 lagi cedera.

Majoriti mangsa terkorban di wilayah pergunungan Kunar berhampiran sempadan Pakistan.

Beliau menambah, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN