fb fb fb fb fb

Tragedi funikular: Bendera EU, Portugal berkibar separuh tiang

Bendera Kesatuan Eropah (EU) dan Portugal dikibarkan separuh tiang

BRUSSELS, 4 September – Bendera Kesatuan Eropah (EU) dan Portugal dikibarkan separuh tiang di Brussels sebagai tanda berkabung susulan tragedi kereta api funikular di Lisbon yang meragut 17 nyawa.

Portugal turut mengisytiharkan hari berkabung negara manakala Suruhanjaya Eropah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kibaran bendera separuh tiang sebagai ingatan kami bersama mereka dan seluruh rakyat Portugal,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah, Arianna Podesta, ketika memulakan sidang media harian bersama wartawan.

Terdahulu, kereta api funikular itu tergelincir dari landasan dan merempuh bangunan berhampiran sekali gus mencederakan 21 lagi mangsa. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN