fb fb fb fb fb

Tour de France: Semua individu terlibat mesti pakai pelitup separuh muka

Kumpulan pelumba berbasikal semasa peringkat ke-15 edisi ke-111 perlumbaan Tour de France/ AFP

PERANCIS, 14 Julai- Tour de France meningkatkan langkah keselamatan untuk "mengehadkan risiko kesihatan" berikutan COVID-19 menjejaskan beberapa penunggang sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sehubungan itu semua pihak terlibat termasuk penganjur, tetamu dan wartawan diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka bagi mengelakkan daripada "berinteraksi dengan pelumba dan ahli pasukan berbasikal" secara terus sebelum dan selepas perlawanan, kata penganjur Amaury Sport Organization (ASO).

Beberapa pelumba, termasuk Tom Pidcock dari Britain dan Juan Ayuso dari Sepanyol, rakan sepasukan jersi kuning Tadej Pogacar, direhatkan selepas diuji positif.

Pogacar berkata, dia dijangkiti virus itu pada pertengahan Jun manakala pemenang 2018 Geraint Thomas meneruskan Jelajah buat masa ini walaupun mengalami "sedikit gejala".

Beberapa pelumba seperti Remco Evenepoel, yang menduduki tempat ketiga keseluruhan, sudah mula memakai pelitup separuh muka sejak beberapa hari lalu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI