fb fb fb fb fb

Tokoh terkenal dunia hiburan maut, anak didakwa bunuh ibu dan bapa

Rakaman dron menunjukkan keadaan rumah pasangan terkenal dibunuh / Foto REUTERS

CALIFORNIA, 16 Disember - Polis berjaya menahan Nick Reiner, 32, selepas ibu bapanya, Rob Reiner, 78, dan Michele Reiner, 70, ditemukan maut di rumah mereka di kawasan mewah Brentwood, Los Angeles pada Ahad.

Pengarah Polis, Jim McDonnell memaklumkan, polis hadir selepas menerima laporan kematian di rumah pasangan itu, sekali gus mengsahkan Nick kini didakwa membunuh kedua ibu bapanya.

Rakaman dron menunjukkan keadaan rumah pasangan terkenal itu pada Isnin, sehari selepas tragedi tersebut.

Rob Reiner, 78, merupakan tokoh terkenal dalam dunia hiburan dengan kerjaya lebih lima dekad sebagai pelakon, pengarah dan penerbit filem, termasuk karya ikonik seperti When Harry Met Sally, Stand by Me, The Princess Bride dan This Is Spinal Tap. Beliau juga dikenali atas penglibatannya dalam aktivisme sosial dan politik.

Laporan awal menyatakan mayat mereka ditemukan oleh anak perempuan mereka, Romy, sebelum pihak berkuasa dipanggil ke lokasi.

Kejadian tersebut mengejutkan komuniti hiburan dan penduduk setempat, memandangkan kejadian pembunuhan jarang berlaku di kawasan Brentwood yang terkenal sebagai tempat tinggal selebriti.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap motif pembunuhan dan belum mengeluarkan kenyataan terperinci mengenai apa yang berlaku sebelum tragedi itu.- REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN