JORDAN, 16 Disember - China akan terus menjadi rakan strategik paling boleh dipercayai Jordan dalam proses pembangunan dan pemulihannya.
Menteri Luar China, Wang Yi membuat kenyataan itu pada Isnin semasa pertemuan dengan Raja Abdullah II dari Jordan.
Raja Abdullah berkata, beliau telah beberapa kali mengunjungi China sejak muda dan menghargai persahabatan erat dengan Presiden China, Xi Jinping.
Jordan menekankan kepentingan membangunkan hubungan dengan China, memperkukuh pertukaran di peringkat tinggi, memajukan kerjasama praktikal, dan meningkatkan koordinasi dalam urusan global dan serantau, khususnya menangani pergolakan di Asia Barat.
Jordan menyokong usaha China menganjurkan Sidang Kemuncak Kedua China-Negara Arab tahun hadapan dan bersedia memberi komitmen penuh bagi memastikan sidang itu menjadi peluang memperdalam hubungan Arab-China.
Dalam pada itu, Wang berkata, hubungan dua hala terus berkembang dengan sihat di bawah panduan kedua-dua ketua negara dengan menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik China-Jordan, sekali gus China bersedia memperkukuh komunikasi, melaksanakan konsensus yang dicapai kedua-dua negara, dan merancang hala tuju pembangunan strategik untuk dekad akan datang.
Wang turut menjemput Raja Abdullah mengunjungi China bagi sidang kemuncak itu dan bekerjasama meningkatkan kerjasama China-Arab.-REUTERS