fb fb fb fb fb

Tindakan pemindahan keluar penduduk Gaza tidak boleh diterima, rakyat terus berdepan kesukaran

Presiden Rusia, Vladimir Putin (kanan) menghadiri pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) / Foto Reuters

NOVO-OGAREVO, 14 Ogos - Presiden Palestin, Mahmod Abbas menegaskan tidak boleh menerima pemindahan keluar rakyatnya dari bumi Gaza.

Perkara itu dinyatakan beliau semasa pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Novo-Ogarevo, Rusia.

Jelasnya, rakyat Palestin tetap teguh dalam perjuangan mereka, berdepan pelbagai kesukaran dan bergantung pada sokongan kemanusiaan.

Beliau juga mengkritik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal membantu menubuhkan sebuah negara Palestin.

Dalam pada itu, Mahmod melahirkan penghargaan atas kerjasama Rusia-Palestin yang telah lama terjalin.

Sementara itu, Putin berkata Rusia telah menyediakan kira-kira 700 tan metrik bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan terus menggunakan setiap peluang untuk menyokong rakyat Palestin.

Beliau percaya keamanan yang berkekalan di rantau itu memerlukan pelaksanaan sepenuhnya semua resolusi PBB.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN