fb fb fb fb fb

Tindakan drastik perlu untuk selamatkan lautan - PBB

(FOTO AFP)

LISBON, 27 Jun - Dunia kini berdepan "kecemasan lautan" yang mengancam alam sekitar dan manusia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata perubahan iklim telah mengganggu rantaian makanan dan mewujudkan zon mati yang luas.

Katanya, manusia juga membuang berjuta-juta tan pencemaran plastik ke dalam laut setiap tahun.

Beliau merayu kerajaan dan syarikat untuk bergabung tenaga bagi menyelamatkan lautan dunia yang semakin mati.

(Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyampaikan
ucapan semasa Persidangan Lautan PBB di Altice Arena di Lisbon / FOTO AFP)

"Lebih banyak dana diperlukan bagi membantu mewujudkan model ekonomi yang mampan untuk mengurusnya.

"Satu model perniagaan simbiotik diperlukan bagi membantu lautan menghasilkan lebih banyak makanan dan menjana lebih banyak tenaga boleh diperbaharui," kata Antonio dalam persidangan lautan PBB.

Katanya, lautan merangkumi lebih kurang 70 peratus muka bumi, menjana 50 peratus oksigen dan menyerap 25 peratus daripada semua pelepasan karbon dioksida.

Namun perubahan iklim telah meningkatkan suhu lautan ke tahap tertinggi dan menyebabknanyy lebih berasid.

Lebih lapan juta tan bahan buangan plastik pula memasuki lautan setiap tahun.

Tanpa tindakan drastik, plastik boleh melebihi semua ikan di lautan menjelang 2050.-AFP

Media Baharu