AMERIKA SYARIKAT, 21 Mac - Pemandu bertindak berani meredah ribut salji merentasi Clearfield, di Utah Utara, pada Isnin.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran, kawasan itu akan mengalami hujan dan hujan salji pada sebelah petang dan hujan berterusan sepanjang minggu.
Perkhidmatan itu meramalkan ribut akan menyebabkan kejadian angin kencang, hujan lebat dan salji gunung yang lebat ke kawasan barat daya pada Selasa, dengan kemungkinan salji lebat berlaku di Intermountain West dan Rockies dalam beberapa hari nanti. - REUTERS
(FOTO REUTERS)