fb fb fb fb fb

Biden tanda tangan RUU ubah status asal usul COVID

(Presiden AS, Joe Biden)

WASHINGTON, 21 Mac- Presiden AS Joe Biden pada Isnin menandatangani rang undang-undang yang memerlukan pengeluaran bahan risikan mengenai potensi hubungan antara wabak pandemik COVID-19 dan makmal di bandar Wuhan di China.

"Kita perlu tahu sampai ke akar umbi asal usul COVID-19, termasuk kaitannya dengan Institut Virologi Wuhan," kata Biden dalam satu kenyataan.

“Dalam melaksanakan perundangan ini, pentadbiran saya akan mendedahkan dan berkongsi sebanyak mungkin maklumat itu,” tambahnya.

"Saya berkongsi matlamat Kongres untuk mengeluarkan sebanyak mungkin maklumat tentang asal usul COVID," katanya.

Biden berkata pada tahun 2021, selepas memegang jawatan, beliau telah "mengarahkan Komuniti Perisikan untuk menggunakan setiap sumber yang boleh digunakan untuk siasatan."

Kerja-kerja itu diteruskan, tetapi sebanyak mungkin maklumat akan dikeluarkan tanpa menyebabkan "kemudaratan kepada keselamatan negara," katanya.

Rang undang-undang itu menimbulkan risiko politik bagi Biden, yang sedang dalam rundingan hubungan sukar dengan pemimpin China Xi Jinping.

Beijing menolak sekeras-kerasnya kemungkinan kebocoran semasa penyelidikan di makmal Wuhan boleh mencetuskan wabak global.

Walau bagaimanapun, kebanyakan Kongres mahu teori itu digali dengan lebih lanjut, dan isu itu telah menjadi isu hangat khususnya bagi penentang Republikan.

Kongres meluluskan dan menghantar rang undang-undang itu kepada Biden pada bulan Mac.

Wabak COVID-19 bermula pada 2019 di bandar Wuhan ditimur China, yang membawa kepada hampir tujuh juta kematian di seluruh dunia setakat ini.

Menurut kiraan rasmi, lebih sejuta kematian dicatatkan di Amerika Syarikat.

Tetapi pegawai kesihatan dan komuniti perisikan AS tetap berbelah bahagi sama ada ia disebarkan secara rawak kepada manusia daripada haiwan yang dijangkiti atau 'bocor' semasa penyelidikan yang dijalankan di Institut Virologi Wuhan.

Jabatan Tenaga AS, salah satu agensi AS yang menyiasat bencana itu membuat kesimpulan dengan bahawa virus itu mungkin datang dari makmal, selari dengan penilaian FBI, tetapi bercanggah dengan kesimpulan beberapa agensi lain.-AFP


(Institut Virologi Wuhan dipercayai sebagai 'punca' penularan virus COVID-19 / TWITTER)

Media Baharu