fb fb fb fb fb

Timur Turkiye dilanda gempa bumi berukuran 5.9 magnitud

Foto Hiasan/AFP

ISTANBUL, 16 Oktober- Kawasan di timur Turkiye digegarkan oleh gempa bumi berukuran 5.9 magnitud hari ini, namun tiada laporan mengenai kecederaan.

Gegaran itu berlaku pada 10.46 pagi di Kale di Malaty iaitu wilayah paling teruk dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada 6 Feb 2023, membunuh lebih 53,500 orang di Turkiye dan hampir 6,000 di negara jiran, Syria.

Buat masa ini, tiada kehilangan nyawa atau kemusnahan harta benda berikutan gempa bumi itu," kata agensi pengurusan bencana AFAD negeri di X.

Tidak lama selepas itu, menteri dalam negeri, Ali Yerlikaya berkata tiga bangunan sebahagiannya runtuh di tiga kawasan berasingan dan perkhidmatan kecemasan telah menerima beberapa panggilan untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai tempatan di Malatya juga berkata tiada perkembangan negatif dilaporkan pada peringkat ini, walaupun gabenor wilayah berkata semua sekolah rendah dan menengah akan ditutup pada hari itu.

Gegaran kuat dirasai di beberapa bandar besar di wilayah itu, termasuk Diyarbakir yang terletak kira-kira 140km ke tenggara, menurut wartawan AFP di lapangan.

Apabila merasai gegaran itu, penduduk di beberapa bandar segera bergegas ke jalan raya, menurut imej yang disiarkan oleh stesen televisyen Turkiye.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI