fb fb fb fb fb

TikTok benar pencipta kandungan kenakan bayaran langganan bulanan

FOTO REUTERS

SAN FRANCISCO, 24 Mei - TikTok akan mula membenarkan beberapa akaun popular mengecas langganan untuk penstriman langsung.

Alat menjana wang itu dilihat akan bersaing hebat dengan platform media sosial popular lain seperti Instagram dan Facebook yang mengetengahkan personaliti dalam talian yang menarik penonton.

"Langganan live ialah lanjutan daripada usaha kami untuk membina peluang kewangan pencipta pelbagai kandungan yang sesuai dengan pelbagai keperluan pencipta," kata TikTok dalam catatan blog.

TikTok berkata ciri langganan yang diperkenalkan minggu ini hanya akan tersedia kepada pencipta kandungan melalui jemputan buat masa ini tetapi akan dikembangkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Syarikat bagaimanapun tidak mendedahkan harga.

(TikTok benar pencipta kandungan kenakan bayaran langganan bulanan/GOOGLE)

"Pencipta akan dapat bertukar ke mod sembang eksklusif kepada pelanggan, meningkatkan hubungan yang lebih peribadi antara pencipta dan penonton," kata syarikat itu.

"Untuk mengakses ciri Langganan langsung, pencipta perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala pengguna perlu sekurang-kurangnya umur yang sama untuk melanggan," kata TikTok dalam siaran itu.

Faedah pelanggan termasuk lencana digital dan dalam beberapa kes, keupayaan untuk mengawal sudut kamera semasa sesi penstriman, mengikut siaran klip video oleh pencipta TikTok yang dijemput untuk mengambil bahagian.

TikTok awal bulan ini mengumumkan program perkongsian hasil iklan dengan pencipta kandungan platform media sosial yang terkenal itu.

Rangkaian sosial utama lain yang memfokuskan pada video, seperti YouTube, Instagram dan Snapchat, telah pun melaksanakan sistem perkongsian hasil. -AFP

BERITA BERKAITAN
*Netflix dan Tiktok sekat perkhidmatan di Rusia
*Elon Musk tangguh sementara beli Twitter
*Twitter terima tawaran pengambilalihan Elon Musk bernilai AS$44 bilion

 

Media Baharu