fb fb fb fb fb

Perang menentang COVID-19 masih belum berakhir - WHO

GENEVA, 24 Mei- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kes yang dilaporkan meningkat di hampir 70 negara di semua wilayah.

Berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75, Ghebreyesus berkata, agensi itu kini menghadapi tugas memulihkan perkhidmatan kesihatan penting, dengan 90 peratus negara anggota melaporkan gangguan satu atau lebih perkhidmatan kesihatan penting.

(Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus /AFP)

Katanya lagi, pandemik COVID-19 telah menunjukkan mengapa dunia memerlukan WHO yang lebih kukuh dan dibiayai secara mampan.

Tambahnya, WHO masih jauh di belakang untuk melihat 1 bilion lagi orang mendapat manfaat daripada perlindungan kesihatan sejagat menjelang tahun depan.

Ghebreyesus juga berkata, kerajaan harus meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan dalam pelan rancangan pembangunan dan pertumbuhan. -AFP

Media Baharu