fb fb fb fb fb

AS dalam proses keluarkan vaksin Jynneos kekang penularan cacar monyet

WASHINGTON, 24 Mei- Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos bagi mengekang kes penularan cacar monyet.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan pada 2019 yang kini berada dalam simpanan pusat.

CDC menjangkakan, angka kes akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

(Vaksi Jynneos antara vaksin yang mampu membendung wabak cacar monyet /AFP)

Berita berkaitan 
Britain kesan jangkitan Cacar Monyet tiada kaitan dengan perjalanan ke Afrika Barat 
Kanada kesan 13 kes dipercayai penyakit cacar monyet jarang ditemui

Jynneos, diluluskan Amerika Syarikat untuk digunakan bagi membendung penularan cacar dan cacar monyet dalam kalangan dewasa yang berisiko tinggi berusia 18 tahun ke atas.

Terdapat lebih daripada 100 juta dos vaksin cacar ACAM-2000 yang mempunyai kesan sampingan ketara.

Ia akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi.

Ketika ini, terdapat satu kes cacar monyet disahkan di Massachusetts dan empat kes masing-masing di New York, Florida dan Utah. -AFP

Media Baharu