fb fb fb fb fb

Bangunan runtuh, lima maut 80 masih terperangkap

TEHRAN, 24 Mei - Sekurang-kurangnya lima orang maut apabila sebuah bangunan komersial 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Abadan, Iran.

Lebih 80 orang lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Sebab berlakunya runtuhan masih belum dikenal pasti, terjadi ketika ribut pasir.

Pemilik bangunan dan pengurus projek syarikat pembinaan telah ditahan.

Bangunan itu terletak di kawasan yang paling sibuk di Abadan yang dikelilingi oleh bangunan komersila, perubatan dan pejabat.


(Rakyat Iran berkumpul di tapak bangunan sepuluh tingkat runtuh di bandar barat daya Iran/AFP)

Mojtaba Khaledi, jurucakap perkhidmatan penyelamat negara berkata jumlah korban awal mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya "empat orang telah kehilangan nyawa dan 21 yang lain telah cedera,"

Penduduk tempatan beratur di pusat menderma darah untuk menderma darah kepada mereka yang cedera.

Rakaman video di sosial media menunjukkan penunjuk perasaan yang marah berkumpul di tapak runtuhan ketika pasukan penyelamat masih melakukan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan runtuhan.

Pasukan penyelamat dari bandar berdekatan juga dibawa ke Abadan untuk membantu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, insiden tersebut kini dalam siasatan. - AFP

Media Baharu