fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 di Korea Utara mencatatkan penurunan stabil

PYONGYANG, 24 Mei- Jangkitan COVID-19 di Korea Utara menyaksikan trend penurunan stabil dengan kurang daripada 200,000 kes baharu direkodkan untuk hari ketiga berturut-turut.

Media tempatan, KCNA melaporkan beberapa hari selepas sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum diaktifkan, kadar morbiditi dan kematian di seluruh negara menurun secara drastik dan bilangan orang yang pulih meningkat.

Korea Utara berkata ia sedang meningkatkan pengeluaran bekalan ubat penting.

(Korea Selatan masih mengalami kekurangan bekalan ujian COVID-19 /AFP)

Pihak berkuasa mengedarkan makanan dan ubat-ubatan ke seluruh negara, dengan pegawai perubatan tentera dikerah membantu mengedarkan ubat dan menjalankan ujian.

Berikutan kekurangan bekalan ujian, Korea Utara belum mengesahkan jumlah individu yang diuji positif wabak berkenaan.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat sebelum ini mencadangkan bantuan memerangi wabak itu termasuk dalam penyediaan bekalan vaksin, tetapi Pyongyang tidak menjawab tawaran berkenaan. -AFP

Media Baharu