fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh, beribu-ribu dipindahkan akibat banjir di Vietnam

Bangunan rosak dan serpihan di jalan selepas Taufan Yagi melanda Ha Long, di wilayah Quang Ninh/ AFP

HANOI, 24 September- Banjir teruk di tengah Vietnam telah mengorbankan tiga individu dan memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah dari rumah mereka, kata pegawai bencana pada Selasa.

Awal September kawasan besar di utara negara itu musnah akibat banjir susulan Taufan Yagi, yang menyebabkan hampir 300 individu maut serta kerosakan bernilai $1.6 bilion.

Ketika paras air mula surut di Vietnam, negara itu sekali lagi dilanda ribut teruk yang membawa hujan lebat dan menyebabkan paras sungai menjadi tinggi.

Pegawai Pengurusan Bencana di wilayah Thanh Hoa berkata, sejak tiga hari lalu lebih 11,700 penduduk telah meninggalkan rumah mereka untuk ke tempat lebih tinggi.

Di wilayah Nghe An, tiga orang dilaporkan maut selepas dihanyutkan dalam banjir kilat.

Sejak Sabtu, kira-kira 320 rumah rosak, lebih 6,300 hektar tanaman musnah dan sekurang-kurangnya 40 bangunan sekolah di kawasan itu dinaiki air dan rosak, kata kementerian pertanian.

Di utara Thailand, banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat telah mengorbankan dua individu di wilayah Lampang dan menjejaskan 1,500 isi rumah, kata Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Thailand pada Selasa.

Bagaimanapun pihak berkuasa menggesa orang ramai yang tinggal di sepanjang Sungai Wang untuk berpindah ke tempat selamat.

Utara Thailand, Myanmar dan Laos merupakan lokasi yang teruk dilanda Taufan Yagi, dengan merekodkan 702 kematian keseluruhan.

Myanmar paling teruk terjejas dengan 384 kematian, diikuti Vietnam dengan 299 dan bakinya Thailand (19).

Menurut Save the Children, hampir 1,000 sekolah di seluruh Vietnam dan Thailand telah rosak sejak awal September.

Di Hanoi, banjir beberapa rumah di pinggir ibu kota masih masih belum surut manakala petani juga bergelut dengan kesan ladang akibat ditenggelami air.

"Kami kehilangan hampir semua tanaman kami. Kami memotong beras hari ini dengan harapan dapat menjimatkan sebanyak yang kami boleh," kata Dinh Thi Thu, 60, kepada AFP.

Vietnam terdedah kepada ribut tropika antara Jun dan November setiap tahun yang sering menyebabkan kematian, banjir kilat dan tanah runtuh.

Tetapi perubahan iklim buatan manusia menyebabkan corak cuaca lebih cepat berlaku dan tidak dijangka hingga berkemungkinan boleh menyebabkan banjir yang merosakkan tanaman dan harta benda.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI