fb fb fb fb fb

Tiga tebusan Hamas warga Thai selamat, sihat - PM Thailand

Antara Warga Thailand yang dibebaskan dengan selamat selepas dijadikan tebusan kumpulan pejuang Hamas baru-baru ini. Duta Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya bersama mereka yang dirawat di Pusat Perubatan Shamir (Assaf Harofeh)/FOTO REUTERS

GAZA, 27 November - Tiga tebusan terbaharu warga Thailand yang dibebaskan selepas menjadi tahanan Hamas berada dalam keadaan sihat, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin.

Srettha menerusi hantaran di platform media sosial X meluahkan rasa gembiranya sambil menambah ketiga-tiga tahanan tersebut berada dalam keadaan sihat.

"Ketiga-tiga mereka sihat dan tidak memerlukan rawatan perubatan," katanya.

Setakat ini, 17 tebusan Thailand telah dibebaskan Hamas semasa serbuan ke atas Israel pada awal Oktober lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rakyatnya akan dibawa pulang ke Thailand secepat mungkin.

"Kerajaan Diraja Thailand berusaha sedaya upaya untuk membebaskan lagi 15 tebusan warga Thailand yang selamat dengan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

GRACE AISYAH KEDAYAN