fb fb fb fb fb

Empat rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel

NABLUS, 25 Oktober- Tiga rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat.

Menurut saksi, keganasan tercetus semalaman apabila pegawai keselamatan Israel yang memasuki bandar Nablus dikesan oleh pejuang Palestin.

Lelaki keempat terbunuh dalam pertempuran berasingan apabila rakyat Palestin membantah operasi Israel dengan membaling batu.

Tentera Israel berkata, pasukan keselamatannya telah menyerbu dan meletupkan tempat persembunyian yang didakwa digunakan sebagai ibu pejabat dan tapak pembuatan bahan letupan oleh kumpulan tempatan yang dikenali sebagai 'Den of Lions'.

Kumpulan itu telah bertempur dengan tentera Israel sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

(Sebuah motosikal terbakar di salah sebuah laluan yang menjadi lokasi pertempuran
antara rakyat Palestin dan tentera Israel / Foto REUTERS)

Nablus telah menjadi wilayah bergolak sejak Israel memulakan tindakan keras di Tebing Barat pada Mac sebagai tindak balas kepada siri serangan oleh rakyat Palestin di Israel.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh berkata, pejabat Abbas telah menghubungi Amerika Syarikat untuk meminta bantuannya dalam menamatkan kempen Israel.

"Semua ini akan mempunyai akibat yang berbahaya dan merosakkan," kata Abu Rudeineh di TV Palestin.-REUTERS

Media Baharu