fb fb fb fb fb

Taufan Sitrang: Sembilan maut, ribuan penduduk dipindahkan

(Foto AFP)

KUAKATA, 25 Oktober- Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan ribuan penduduk dipindahkan selepas taufan Sitrang melanda Bangladesh.

Setiausaha Kementerian Pengurusan Bencana, Kamrul Ahsan berkata orang ramai dari kawasan rendah seperti pulau terpencil dan tebing sungai dipindahkan pusat perlindungan.


(Hujan lebat yang berterusan sebelum taufan Sitrang melanda Bangladesh/REUTERS)

Dalam beberapa kes polis terpaksa memujuk penduduk kampung yang enggan meninggalkan rumah mereka, kata pegawai.

Kira-kira 33,000 pelarian Rohingya dari Myanmar, yang dipindahkan secara kontroversi dari tanah besar ke sebuah pulau yang sering dilanda ribut di Teluk Benggala, diarahkan tinggal di dalam rumah.

Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan.

Hujan lebat melanda sebahagian besar negara, membanjiri bandar seperti Dhaka, Khulna dan Barisal yang menyaksikan 324 milimeter (13 inci) hujan pada hari Isnin lalu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ramalan yang lebih baik dan perancangan pemindahan yang lebih berkesan telah mengurangkan jumlah kematian akibat ribut tersebut. Yang paling buruk direkodkan, pada tahun 1970, membunuh ratusan ribu orang.- AFP

Media Baharu