fb fb fb fb fb

Tiga maut insiden tembakan di sekolah menengah di St Louis

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 25 Oktober - Tiga terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di bandar raya St. Louis, di barat tengah Amerika Syarikat pada Isnin.

Suspek kemudian ditembak mati oleh pegawai polis yang bergegas ke Sekolah Menengah Seni Visual & Persembahan Pusat itu.

Ketua Polis St. Louis, Mike Sack berkata seorang wanita dan remaja perempuan terbunuh dalam insiden itu.

(FOTO AFP)

"Mangsa ketiga maut selepas dibawa ke hospital akibat kecederaan parah," kata Sack.

Menurut Sack, suspek berusia 19 tahun dikenali sebagai Orlando Harris.

Harris, tamat sekolah berkenaan pada tahun lepas dan tidak mempunyai motif untuk membunuh berdasarkan siasatan awal.

Insiden tembakan pada Isnin adalah yang ke-40 berlaku tahun ini di sekolah di Amerika Syarikat.-AFP

Media Baharu