WASHINGTON, 2 November - Tiga lelaki di atas sebuah kapal yang dikendalikan kumpulan pengedar dadah di perairan antarabangsa di Caribbean terbunuh susulan membawa bahan terlarang itu melalui laluan penyeludupan.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth menerusi platform X memaklumkan, operasi tentera Amerika Syarikat itu dilaksanakan atas arahan Presiden Donald Trump. Tiada anggota tentera Amerika dilaporkan cedera dalam operasi berkenaan.
"Hari ini, atas arahan Presiden Trump, Jabatan Pertahanan melaksanakan serangan ke atas satu lagi kapal pengedar dadah yang dikendalikan organisasi pengganas yang diiktiraf (DTO) di Caribbean.
"Tiga lelaki terbunuh dalam serangan itu. Mereka membawa dadah untuk meracuni rakyat Amerika, dan mereka tidak akan berjaya," menurut kenyataan itu.- REUTERS