fb fb fb fb fb

Tiga Pengawal Pantai India maut dalam nahas helikopter di Porbandar

FOTO REUTERS

GUJARAT, 6 Januari - Sekurang-kurangnya tiga anggota Pengawal Pantai India terkorban apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di bandar pelabuhan Porbandar, barat India, pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Helikopter Advanced Light Helicopter (ALH) Dhruv milik Pengawal Pantai yang membawa dua juruterbang dan seorang lagi pegawai, terhempas semasa penerbangan latihan rutin, lapor media tempatan.

Anggota yang berada di dalam helikopter tersebut segera dikejarkan ke hospital, namun mereka disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas tersebut. - REUTERS

TETITIA YUSOFF