MADRID, 14 September - Tiga parah manakala 21 orang cedera selepas sebuah kafe meletup di ibu negara Sepanyol pada Sabtu.
Insiden berlaku sekitar pukul 3.00 petang waktu tempatan di kawasan Vallecas.
Punca letupan masih belum diketahui.
Pasukan bomba segera dikerahkan bagi membersihkan runtuhan, manakala rakaman yang dikongsi di X menunjukkan sebahagian siling kafe runtuh dengan bata berselerak di lantai.
Letupan turut menyebabkan pintu tercabut dan serpihan kaca bertaburan di jalan raya.
Seorang mangsa dilihat dibawa keluar menggunakan pengusung oleh pasukan penyelamat. - REUTERS