fb fb fb fb fb

Tiga orang maut dalam pertempuran di sempadan Iran-Afghanistan

(Foto hiasan)

DUBAI, 28 Mei- Dua orang pengawal sempadan Iran dan seorang pejuang Taliban terbunuh selepas berlakunya tembakan berhampiran pos sempadan Iran-Afghanistan.

Polis Iran mengesahkan kejadian itu tanpa memberikan butiran mangsa.

Insiden berlaku di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara berhubung hak air.

Iran menuduh pemerintah Taliban melanggar Perjanjian 1973 dengan menyekat aliran air dari sungai Helmand ke wilayah timur Iran yang kering. Bagaimanapun, Taliban menafikan tuduhan tersebut.

“Hari ini, di wilayah Nimroz, tentera sempadan Iran melepaskan tembakan ke arah Afghanistan, yang diikuti serangan balas,” kata Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Taliban, Abdul Nafi Takor dalam satu kenyataan.

"Keadaan terkawal sekarang. Negara Islam tidak mahu berperang dengan jirannya," katanya tanpa memberikan butiran mangsa.

Dalam pada itu, agensi berita rasmi IRNA Iran melaporkan susulan insiden tersebut, pihak berkuasa Iran menutup pos sempadan Milak – Zaranj, sebuah lintasan komersial utama dan bukan lokasi kejadian.


(Foto AFP)

"Timbalan Ketua Polis Iran, Qasem Rezaei, berkata sebelum ini: "Tanpa mematuhi undang-undang antarabangsa dan kejiranan yang baik, tentera Taliban mula menembak di pusat pemeriksaan Sasoli menyebabkan tindak balas yang tegas," lapor IRNA.

Pengawal sempadan Iran berkata dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka melepaskan tembakan sehingga boleh menyebabkan kematian dan kerosakan serius", lapor IRNA, tanpa memberikan butiran.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Taliban Enayatullah Khowarazmi berkata berlaku lagi tembakan oleh tentera Iran di kawasan sempadan daerah Kong di wilayah Nimroz dan tercetusnya konflik.

"Afghanistan menganggap dialog dan rundingan sebagai cara yang munasabah untuk sebarang masalah. Memberi alasan untuk peperangan dan tindakan negatif bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak," kata Khowarazmi.

Pada Mei lalu, Presiden Iran Ebrahim Raisi memberi amaran kepada Taliban berhubung hak air Iran bawah Perjanjian 1973.- REUTERS

Media Baharu