fb fb fb fb fb

Lebih 1,500 aktivis iklim ditahan di Belanda

(Foto hiasan)

HAGUE,28 Mei- Lebih 1500 orang ditahan semasa protes kumpulan iklim di The Hague.

Aktivis menghalang jalan utama di tengah bandar, sebagai protes terhadap subsidi bahan api fosil.

Polis berkata mereka telah menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan.


(Polis menahan aktivis iklim Extinction Rebellion ketika mereka 
menghalang laluan jalan raya semasa protes  pada Januari lalu/ Foto fail/AFP)

Sejumlah 1,579 orang telah ditahan dan 40 orang daripadanya akan didakwa atas tuduhan vandalisme.

Protes tersebut turut disertai oleh beberapa selebriti Belanda, antaranya Carice van Houten, yang terkenal dengan peranannya sebagai Melisandre dalam siri TV popular "Game of Thrones".

Sementara itu, agensi berita Belanda ANP melaporkan bahawa mereka telah ditangkap dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah dan tidak melaporkan sama ada mereka antara yang didakwa.

Menurut ANP, protes itu yang ketujuh dianjurkan oleh Extinction Rebellion di kawasan The Hague dan jumlah tertinggi orang yang ditahan setakat ini.- AFP

Media Baharu