fb fb fb fb fb

Seorang terbunuh dalam serangan dron besar-besaran Rusia

(Foto AFP)

KIEV, 28 Mei- Seorang orang awam maut di Kiev selepas serangan dron besar-besaran ke atas ibu negara Ukraine, kata Datuk Bandar, Vitali Klitschko.

"Seorang wanita berusia 35 tahun dimasukkan ke hospital, seorang lelaki berusia 41 tahun meninggal dunia," kata datuk bandar di Telegram dan melaporkan bahawa serpihan dron telah terhempas berhampiran stesen minyak.

Beliau berkata pertahanan udara Kiev telah menembak jatuh lebih 20 dron yang menuju ke bandar itu.

Beliau menyifatkan serangan itu besar-besaran dan menasihatkan penduduk bandar berada di tempat perlindungan.

Tambahnya, serangan turut menyebabkan berlakungan kebakaran di sebuah premis syarikat di daerah Holosiivskyi.


(Anggota bomba memadamkan kebakaran di kemudahan perubatan, musnah akibat serangan peluru berpandu, di bandar Dnipro/AFP)

Tentera Rusia telah menyasarkan Kiev sepanjang bulan Mei.

Ketua Pentadbiran Awam dan tentera tempatan, Serhii Popko, berkata pada Jumaat bahawa terdapat 13 serangan pada bulan lalu.

Sejak beberapa minggu lalu, laporan mengenai serangan dron di Rusia juga meningkat, terutamanya di kawasan yang bersempadan dengan Ukraine.

Pada hari Sabtu, tembakan di kawasan tersebut telah membunuh dua orang, kata pihak berkuasa wilayah.

Moscow telah menyalahkan Kiev dan penyokong baratnya berhubung peningkatan jumlah serangan dan operasi sabotaj, termasuk di Kremlin. Bagaimanapun, Ukraine menafikan penglibatannya.-AFP

Media Baharu