fb fb fb fb fb

Runtuhan salji, 10 maut di Pakistan

(Foto Hiasan)

PAKISTAN, 27 Mei- Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala lebih 10 orang lagi cedera dalam runtuhan salji di utara Pakistan pada Sabtu.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran 'shounter pass' yang menghubungkan wilayah Gilgit-Baltistan dengan Kashmir.

Pegawai Penyelamat, Subah Khan berkata cuaca buruk menyukarkan usaha menyelamat itu.

"Kejadian berlaku selepas kira-kira 35 orang perantau yang baharu pulang dari Kashmir telah mendirikan kem berhampiran gaung.

"Mereka ditimpa runtuhan salji pada lewat malam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut.

"Siasatan awal mendapati 15 ekor lembu turut mati," katanya kepada pemberita di sini. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu