fb fb fb fb fb

Krisis tanah, 10 maut di Chad

(Foto Hiasan)

N'DJAMENA, 27 Mei- Pertempuran antara penggembala dan petani telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang di selatan Chad, wilayah yang kerap dilanda keganasan.

Gabenor wilayah Madoul, Adoum Forteye Amadou berkata keganasan itu berlaku pada Khamis dan turut membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun.

"Kanak-kanak berkenaan dibunuh selepas membiarkan haiwannya memusnahkan ladang kacang tanah petani.

"Ibu bapa kanak-kanak itu kemudian membunuh sembilan petani sebagai membalas dendam.

"Kejadian tersebut berlaku berhampiran Kampung Bara II, 600 kilometer tenggara ibu kota N'Djamena.

"Mereka yang terbabit dalam insiden itu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.

Ketegangan yang sudah berlaku sejak dahulu lagi itu membabitkan perebutan tanah antara kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak sering menuduh antara satu sama lain.

Petani menuduh penggembala membiarkan haiwan peliharaan memusnahkan tanaman mereka, sementara pengembala pula mengatakan mereka mempunyai hak ke atas tanah tersebut. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu