fb fb fb fb fb

Ekspo Data, kereta tanpa pemandu tarik perhatian ramai

(Foto REUTERS)

CHINA, 27 Mei- Sebuah kereta tanpa pemandu telah menarik perhatian ramai di Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China 2023 di Bandar Guiyang, Wilayah Guizhou di sini.

Kenderaan tanpa stereng dan tempat duduk pemandu itu menampilkan ruangan yang luas serta mesra pengguna.

Terdapat juga beberapa kemudahan lain, antaranya tempat bersolek dan minum.

Untuk keselamatan, kereta tanpa pemandu itu bergerak pada kelajuan rendah.

Ekspo ini juga dikenali sebagai Ekspo Data, berlangsung dari Jumaat hingga Ahad dan diadakan secara tahunan di Guiyang sejak 2015.

Ia menjadi satu platform antarabangsa bagi memaparkan pencapaian China dalam pembangunan dan pengumpulan sumber membabitkan sektor data raya. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu