fb fb fb fb fb

Pilihan raya Turkiye, Erdogan mendahului Kilicdaroglu

FOTO AFP

ISTANBUL, 27 Mei- Penyandang Presiden, Recep Tayyip Erdogan mendahului pesaingnya, Kemal Kilicdaroglu, menjelang penentuan pusingan pilihan raya kedua Turkiye pada esok.

Erdogan dianggap pilihan utama menjelang pusingan akhir pilihan raya, mendahului Kilicdaroglu hampir lima mata selepas pusingan pertama.

Peluang pemimpin itu diperkukuh dengan sokongan Sinan Ogan, seorang ultra-nasionalis untuk meraih 5.2 peratus undi pada 14 Mei lalu.

Parti berhaluan kanan yang lebih kecil juga memperoleh hampir satu perempat daripada undi pilihan raya Parlimen.

Pakar sejarah dan penganalisis mengakui terkejut dengan gelombang patriotik yang melanda Turkiye pada ulang tahun ke-100 penubuhan negara itu sebagai sebuah republik pasca Uthmaniyyah.

Menurut pakar sejarah, Etienne Copeaux, politik Islam dianjurkan Erdogan tidak bertentangan dengan semangat nasionalisme negara itu sejak beliau menjadi Datuk Bandar Istanbul pada tahun 1990-an.

Malah, Erdogan juga dilihat bersikap berhati-hati melakukan perubahan serta tidak menolak sepenuhnya warisan pengasas negara moden, Mustafa Kemal Ataturk.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu