fb fb fb fb fb

Kerjasama AS-China, boleh diperkukuh dengan tiga prinsip

FOTO REUTERS

BEIJING, 27 Mei- Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menuntut kerjasama dari China sekiranya terus menyekat kepentingan Beijing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata hubungan dengan AS dapat diperkukuh, dengan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama menang-menang seperti digagaskan Presiden Xi Jinping.

Katanya, AS seharusnya memberi kerjasama yang baik bagi membawa hubungan dua hala berkenaan ke landasan yang betul demi memantapkan agenda pembangunan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan China, Wang Wentao mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo pada Khamis.

Menerusi pertemuan itu, China menyatakan kebimbangan polisi Washington-Beijing, berhubung perdagangan dan ekonomi, semikonduktor serta isu berkaitan kawalan eksport dan kajian semula pelaburan.- REUTERS


(Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning/REUTERS)

Media Baharu