fb fb fb fb fb

Korea Selatan-Jerman, bakal meterai perjanjian ketenteraan

FOTO REUTERS

SEOUL, 27 Mei- Korea Selatan dan Jerman akan memeterai satu perjanjian bagi melindungi rahsia ketenteraan sekali gus mempertingkat kerjasama pertahanan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata perjanjian tersebut dapat melancarkan operasi rantaian bekalan industri pertahanan ketika di tengah-tengah ketidakstabilan ekonomi dan politik global.

Baru-baru ini, Korea Selatan turut menandatangani perjanjian sama dengan Kanada untuk mengembangkan industri pertahanannya.

"Menyedari cabaran perang berlanjutan di Ukraine, yang memberi kesan terhadap peningkatan permintaan, Seoul tetap enggan membekalkannya kepada Kiev," kata Yoon dalam sidang akhbar bersama Jerman Canselor, Olaf Scholz di Seoul.

Pada masa sama, Scholz turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Korea Utara yang melancarkan ujian peluru berpandu.

Tegasnya, Pyongyang bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah membebankan rakyat Korea, Jepun dan seluruh wilayah.- REUTERS


(Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol/REUTERS)

Media Baharu