fb fb fb fb fb

Bandar Amazon Belem, dipilih sebagai tuan rumah COP30

FOTO REUTERS

BRASILIA, 27 Mei- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan bandar Amazon Belem, Brazil dipilih sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Iklim (COP30) pada November 2025.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Jumaat.

Terdahulu, pemimpin berhaluan kiri itu tahun lalu telah menghadiri COP27 di Mesir sebagai wakil presiden terpilih, menyatakan komitmen terhadap negara hutan hujan itu dalam menangani krisis iklim dunia.

Rundingan itu dijadual akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Saya telah menghadiri COP di Mesir, Paris, Copenhagen dan semua orang bercakap tentang Amazon. Jadi, saya berkata mengapa kita tidak anjurkannya di negeri Amazon, supaya anda boleh tahu apa sebenarnya Amazon," kata Lula kepada media tempatan.


(FOTO REUTERS)

Tambahnya, penganjuran di bandar Amazon Belem itu mampu membuka mata masyarakat dunia tentang kepentingan kawasan terpelihara itu.

Belem ialah bandar kedua paling ramai penduduk di Amazon Brazil selepas Manaus, yang menganjurkan perlawanan Piala Dunia 2014.- REUTERS

Media Baharu