fb fb fb fb fb

Tiga mayat ditemukan, dipercayai peluncur dari Australia dan AS

FOTO AFP

MEXICO, 4 Mei - Tiga mayat ditemukan di Baja California di Mexico disyaki dua warga Australia dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang hilang sejak minggu lalu semasa melakukan aktiviti luncur air.

"Kami mengesahkan terdapat tiga individu ditemui mati di Santo Tomas, Baja California," kata kenyataan pejabat FBI di San Diego California tanpa menyebut identiti mangsa.

Jake dan Callum Robinson yang merupakan adik beradik dan rakan mereka Jack Carter, dilaporkan hilanh sejak 27 April lalu.

Mereka dikatakan bercuti berhampiran bandar pantai Ensenada di negeri barat laut Baja California.

Bagaimanapun ibu kepada dua warga Australia itu menerusi catatan Facebook berkata, bahawa mereka tidak pernah tiba di penginapan seperti yang dirancang.

Santo Tomas, kawasan yang dilaporkan penemuan ketiga-tiga mayat itu, terletak kira-kira 30 batu (45 kilometer) tenggara Ensenada.

Terdahulu, anggota tentera laut dan pegawai dari pejabat pendakwa negeri melalukan aktiviti pencarian kawasan tebing di Ensenada, menurut dewan bandaraya.

Pihak berkuasa negeri Baja California berkata pada Khamis bahawa tiga warga Mexico sedang disoal siasat berhubung kehilangan itu.

"Sebuah kenderaan pikap berwarna putih ditemui, serta bukti lain," kata pejabat pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan.

Siasatan itu sedang diselaraskan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan AS dan konsulat Australia dan AS, tambahnya.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menyifatkan kehilangan itu sebagai 'sangat membimbangkan,'.

"Kami pastinya berharap saudara-saudara ini ditemui dengan selamat, tetapi terdapat kebimbangan sebenar tentang fakta bahawa mereka telah hilang," katanya kepada televisyen Australia.

Baja California, terkenal dengan pantai yang menarik juga merupakan salah satu negeri paling ganas di Mexico dengan wujudnya kumpulan jenayah terancang.

Pada November 2015, dua lagi peluncur Australia, Dean Lucas dan Adam Coleman, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar ketika dalam perjalanan di negeri Sinaloa di barat laut Mexico. - AFP

TETITIA YUSOFF