fb fb fb fb fb

Raja Charles, kerabat diraja henti sebagai penaung hampir 200 badan amal

FOTO REUTERS

LONDON, 4 Mei - Raja Charles III dan kerabat diraja Britain akan berhenti menjadi penaung kepada hampir 200 badan amal dan pertubuhan selepas menyemak semula terhadap 1,000 kumpulan, kata Istana Buckingham.

Semakan semula itu dilakukan berikutan kematian Ratu Elizabeth untuk meneliti semula sama ada Charles dan isterinya, Ratu Camilla sebagai presiden atau penaung.

Elizabeth merupakan penaung kepada 492 organisasi, manakala Charles 441 organisasi dan Camilla 100 organisasi.

Berikutan penelitian itu, hanya lebih 830 telah dikekalkan kepada raja dan permaisuri atau diserahkan kepada ahli keluarga diraja yang lain.

Organisasi boleh memohon untuk mempunyai penaung diraja, tujuan publisiti untuk kerja mereka dan membantu pengiktirafan pencapaian mereka.

Antara yang akan mengekalkan hubungan diraja mereka termasuk Royal British Legion, badan amal angkatan tentera terbesar, Dogs Trust, Jockey Club dan Wildlife Trust, sebuah organisasi alam semula jadi akar umbi.

"Baginda secara konsisten menunjukkan pandangan jauh, keberanian dan kepimpinan kerana beliau telah membantu komuniti, badan amal dan perniagaan bergelut dengan cabaran dan peluang yang wujud dalam hidup lebih mampan dan harmoni dengan alam semula jadi," kata Ketua Eksekutif Amanah Hidupan Liar, Craig Bennett.

"Oleh itu adalah satu penghormatan besar baginda berkenan untuk meneruskan naungan baginda." Keputusan semakan itu akan dikongsi dalam kalangan organisasi berkaitan minggu ini, yang menandakan ulang tahun pertama pertabalan Charles dan Camilla, kata istana. - REUTERS

TETITIA YUSOFF