fb fb fb fb fb

China lancar misi bersejarah dapatkan sampel dari bahagian jauh bulan

FOTO REUTERS

WENCHANG, 4 Mei - China pada Jumaat melancarkan kapal angkasa tanpa kru untuk mendapatkan sampel tanah dan batu dari bulan, negara pertama yang melakukan percubaan misi itu.

Pelancaran itu dilihat satu lagi kejayaan negara itu dalam program penerokaan bulan dan angkasa lepas.

"Ia adalah sedikit misteri kepada kami bagaimana China telah dapat membangunkan program yang bercita-cita tinggi dan berjaya dalam masa yang singkat," kata Penyelidik Perancis Pierre-Yves Meslin, salah seorang yang bekerja dalam misi Chang'e-6 itu.

Pada 2018 misi Chang'e-4, China melakukan pendaratan pertama di bulan tanpa pemandu.

Pada 2020 menerusi misi Chang'e-5 buat kali kalinya manusia berjata memperoleh sampel dari bulan dalam tempoh 44 tahun.

Menerusi Chang'e-6 bakal menjadikan China negara pertama yang mengambil sampel dari bahagian 'tersembunyi' bulan.

Long March-5 roket terbesar China, berlepas pada 5:27 petang, waktu Beijing (0927 GMT) dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di pulau selatan Hainan dengan probe Chang'e-6 lebih 8 metrik tan.

Chang'e-6 ditugaskan untuk mendarat di Lembangan Kutub Selatan-Aitken iaitu bahagian jauh bulan, seterusnya mengambil dan mengembalikan sampel. - REUTERS

TETITIA YUSOFF