GAZA, 4 Mei- Pejuang Hamas akan menghantar delegasinya ke Kaherah, Mesir hari ini bagi menyambung semula rundingan gencatan senjata di Gaza.
Pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya dipilih mengetuai rundingan tersebut.
Kumpulan itu menerusi kenyataan, positif satu persetujuan akan dicapai bagi memenuhi tuntutan rakyat Palestin yang ditindas.
"Delegasi Hamas akan menuju ke Kaherah pada Sabtu, untuk meneruskan perbincangan," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman webnya.
"Kami menekankan semangat positif yang mana kepimpinan Hamas menangani cadangan gencatan senjata yang diterima baru-baru ini dan kami akan ke Kaherah dalam semangat yang sama untuk mencapai persetujuan.
"Hamas, pasukan pejuang Palestin bertekad untuk mencapai persetujuan yang memenuhi tuntutan rakyat kami untuk menghentikan pencerobohan sepenuhnya, pengunduran pasukan pendudukan, bantuan, pembinaan semula dan perjanjian pertukaran yang serius", kata kenyataan itu.
Pengantara Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar menunggu maklum balas Hamas terhadap cadangan Israel untuk menghentikan pertempuran selama 40 hari dan pertukaran tahanan yang diketuai Ismail Haniyeh sebelum ini menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbang cadangan dalam 'semangat positif'.- AFP.