(Pesawat ringan terhempas dan merempuh sebuah pasar raya di perbandaran
Temixco dan turut mencederakan empat pengunjung pasar raya berkenaan/REUTERS)
TEMIXCO, 29 Mac- Tiga orang maut, dan lima cedera pada Isnin selepas sebuah pesawat ringan terhempas di dalam sebuah pasar raya di perbandaran Temixco, di tengah Mexico.
Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 13:15 di negeri Morelos, terletak 59 kilometer (36.6 batu) di selatan bandar Mexico.
Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian untuk membantu lima orang yang cedera, empat daripadanya sedang membeli-belah di pasar raya ketika pesawat itu terhempas.
"IMereka yang maut adalah tiga penumpang pesawat dengan seorang cedera, sementara empat lagi mangsa adalah pengunjung pasar raya,"
"Pada peringkat pertama, kawasan itu ditutup untuk memastikan tiada tumpahan minyak yang boleh menyebabkan risiko kebakaran dan letupan.
"Kawasan itu terlebih dahulu dipastikan benar-benar tidak terdedah kepada risiko sebelum pasukan penyelamat memulakan tugas ," menurut Penyelaras Perlindungan Awam Morelos, Enrique Clement Gallardo, memberitahu Reuters.
(Petugas menyelamat hanya masuk ke tempat kejadian selepas dipastikan
tidak berlaku tumpahan minyak dari pada pesawat yang boleh menyebabkan kebakaran dan letupan/REUTERS)
Pihak berkuasa Temixco berkata, empat orang di dalam pesawat itu berlepas dari Acapulco di negeri Guerrero dan menuju ke Puebla.
Katanya, tiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan itu, dan seorang lagi sedang dirawat.
"Pejabat Pendakwa Raya Morelos dan Aeronautik Awam akan menyiasat punca yang menyebabkan kemalangan itu," kata pihak berkuasa tempatan.-REUTERS