fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjata menyerang kereta api penumpang di barat laut Nigeria

KANO, 29 Mac- Lelaki bersenjata menyerang sebuah kereta api penumpang di barat laut Nigeria pada malam Isnin.

Bagaimanapun pihak tentera dapat mematahkan serangan bersenjata dan mengekang tindakan melepaskan bom ke atas landasan daripada menjadi lebih buruk.

Menurut saksi dalam kalangan penumpang kereta api terbabit, tindakan pihak tentera dapat mematahkan serangan itu tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Kereta api itu dilanggar kira-kira pukul 9:00 malam di laluan antara ibu negara Abuja dan bandar utama barat laut Kaduna, di mana lelaki bersenjata lengkap telah menyerang lapangan terbang dua hari sebelumnya.

Ini adalah keganasan terbaharu yang dikaitkan dengan kumpulan penjenayah bersenjata tempatan yang dipersalahkan kerana peningkatan keganasan dan penculikan besar-besaran di barat laut Nigeria.

“Pengganas telah menyerang kereta api menuju Abuja petang ini dengan 970 penumpang di dalamnya,” kata sumber keselamatan kanan kepada AFP.

"Pengganas mengebom landasan dengan bahan letupan di antara bandar Katari dan Rijana, yang merupakan tempat penculikan yang terkenal. Ini memaksa kereta api berhenti sementara pengganas mengepungnya dan mula menembak ke arah koc," kata sumber itu.

"Serangan itu telah dipatahkan oleh tentera yang dikerahkan tepat pada masanya. Pengganas melarikan diri apabila tentera tiba. Kereta api itu kalis peluru, ini menyelamatkan penumpang."

Menurut sumber itu, tiada kemalangan jiwa dan kereta api itu menuju semula ke Abuja, kerana landasan ke Kaduna rosak.

(FOTO GOOGLE)

Seorang sumber awam, Muhammad Musa bercakap kepada AFP, dia dihubungi isteruinya melalui telefon, memaklumkan serangan itu dan tindakan pantas menyelamat pihak tentera.

"Saya bercakap dengan isteri serta rakan dan mereka memberitahu telah diselamatkan oleh tentera. Tiada siapa yang cedera. Mereka akan kembali ke Abuja," kata Muhammad Musa kepada AFP.

"Mereka berada di dalam kereta api dan memberitahu kepada saya mereka kini selamat. Tentera datang menyelamatkan mereka daripada serangan bersenjata ity," kata Abdullahi Mustapha kepada AFP melalui telefon.

"Mereka akan kembali ke Abuja. Mereka tidak dapat pergi terus ke Kaduna kerana landasan telah dirosakkan oleh letupan itu," katanya.

Insiden itu berlaku dua hari selepas lelaki bersenjata lengkap menyerang lapangan terbang Kaduna pada hari Sabtu, membunuh seorang pengawal keselamatan dan mengganggu sementara penerbangan sebelum dihalau oleh tentera. -AFP

Media Baharu