fb fb fb fb fb

Dadah: Nagaenthran kekal dihukum mati, rayuan ditolak

(FOTO AFP)

SINGAPURA, 29 Mac- Mahkamah Tinggi Singapura menolak rayuan terakhir warga Malaysia yang dikenakan hukuman mati akibat kesalahan berkaitan dadah.

Keluarga mangsa menyifatkan keputusan terhadap Nagaenthran K. Dharmalingam yang mengalami masalah mental itu amat mengejutkan dan berasa hampa.

Nagaenthran yang berasal dari Perak ditahan pada 2009 selepas disyaki mengedar 42.72 gram dadah jenis heroin ke Singapura.

Dia telah dijatuhkan hukuman mati pada 2010 dan dijadual menjalani hukuman pada November, namun keputusan itu mencetuskan kritikan Kesatuan Eropah dan jutawan Richard Branson kerana mangsa mengalami masalah mental atau ketidakupayaan intelek.

Pemuda berusia 34 tahun itu membuat rayuan terakhir menerusi peguamnya dengan berhujah bahawa hukuman mati terhadap seseorang yang kurang upaya mental bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Namun Mahkamah Rayuan menolak hujah itu dan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon berkata " fakta dan undang-undang itu tiada asas".


(FOTO AFP)

Jelasnya, pelaku telah "diberikan proses perundangan sewajarnya" dan pihak pembelaannya telah mengemukakan "tiada apa-apa (bukti dan fakta) untuk mencadangkan bahawa dia (pelaku) tidak bersalah.

Seorang peguam hak asasi manusia, M. Ravi yang membantu kes itu berkata tiada lagi rayuan akan dikemukakan dan dan hukuman mati boleh dilakukan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bercakap kepada AFP, seorang ahli keluarga Nagaenthran, Sarmila Dharmalingam berkata keluarga amat kecewa dengan keputusan tersebut.

"Kami terkejut dengan keputusan mahkamah itu walaupun abang saya... memgalami IQ rendah." Katanya. -AFP

Media Baharu