BANGKOK, 3 Mei - Seorang lelaki bersenjata menembak tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan seorang lelaki berusia 75 tahun.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, menurut Pegawai Polis Tempatan Watthana Thurarat.
“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital,” kata Watthana Thurarat kepada AFP, sambil menambah bahawa dua lagi mangsa turut cedera.
Polis percaya suspek yang masih bebas itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak, kata Watthana.
Konflik bersenjata di Wilayah selatan Thailand, Narathiwat, Pattani dan Yalas telah lama berlaku yang mengakibatkan 7,000 kematian sejak 2004.
Ia membabitkan kumpulan pemisah yang menuntut lebih banyak autonomi.
Bagaimanapun serangan terhadap orang awam adalah jarang berlaku, dengan kebanyakan serangan menyasarkan anggota keselamatan.
Tahun lalu, mahkamah menolak kes berkaitan tragedi Tak Bai atas alasan tamat tempoh had masa.
Penganalisis memberi amaran bahawa keputusan itu boleh memburukkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan. - AFP