NEW DELHI, 3 Mei - India telah menyekat semua barangan import dari Pakistan berkuat kuasa serta merta.
Jeneral Direktorat Perdagangan Luar India memaklumkan, arahan itu bertujuan untuk menjaga keselamatan negara dan dasar awam.
Ia susulan ketegangan terbaharu kedua-dua negara selepas 26 pelancong yang kebanyakkannya warganegara India terbunuh dalam serangan militan.
Serangan berlaku di kawasan Pahalgam Lembah Kashmir minggu lepas.
India menuduh Pakistan mendalangani serangan berkenaan, namun dinafikan Islamabad.
Rentetan daripada insiden itu juga, Pakistan mengumumkan tindak balas termasuk menghentikan semua perdagangan sempadan, menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan India dan mengusir diplomat India. - REUTERS