PHNOM PENH, 17 Mei - Tiga orang maut dan beberapa lagi individu cedera akibat panahan petir di Kompleks Wat Angkor ketika satu upacara keagamaan sedang berlangsung pada Jumaat.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku ketika penduduk Kemboja sedang mengadakan satu upacara di tapak terkenal dunia itu di Siem Reap.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai tragedi itu dan jumlah sebenar mangsa masih belum diketahui.
Hampir satu juta orang melawat Taman Arkeologi Angkor tahun lepas. - BERNAMA