fb fb fb fb fb

Ketua PBB desak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza

Foto Reuters

BAGHDAD, 17 Mei - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu menyeru supaya gencatan senjata kekal dan segera dilaksanakan di Gaza.

"Kita perlukan gencatan senjata kekal, sekarang," kata Guterres kepada para pemimpin yang berhimpun di Sidang Kemuncak Liga Arab di sini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap tindakan Israel yang dijangka melancarkan serangan darat berskala lebih besar dalam masa terdekat.

"Saya bimbang dengan laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluas operasi darat dan tindakan lanjut," tambah beliau. - AFP

TETITIA YUSOFF