BAGHDAD, 17 Mei - Iraq bersetuju menyumbang AS$40 juta bagi usaha pembinaan semula Lubnan dan Gaza selepas peperangan dengan Israel.
Perkara itu diumumkan Perdana Menterinya Mohammed Shia al-Sudani pada Sabtu kepada para pemimpin Arab, di sini.
Iraq menyokong penubuhan "tabung Arab untuk menyokong usaha pembinaan semula" susulan krisis serantau, kata Sudani.
"Iraq akan menyumbang AS$20 juta untuk pembinaan semula Gaza dan AS$20 juta untuk pembinaan semula Lubnan," tambah beliau. - AFP