BAGHDAD, 17 Mei - Liga Arab mengadakan mesyuarat, di sini pada Sabtu bagi membincangkan konflik Gaza dan krisis serantau lain.
Bagaimanapun beberapa pemimpin utama dijangka tidak menghadiri rundingan yang berlangsung sejurus selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara-negara Teluk.
Menurut satu sumber diplomatik, kebanyakan negara Teluk hanya akan diwakili menteri.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, akan menghadiri sidang kemuncak itu, manakala Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez yang secara lantang mengkritik serangan Israel dijangka berucap sebagai tetamu.
Menteri Luar Iraq Fuad Hussein berkata, mesyuarat di Baghdad akan mengesahkan keputusan yang dibuat dalam sidang kemuncak di Kaherah bagi menyokong usaha pembinaan semula Gaza sebagai alternatif kepada cadangan Trump yang dikecam secara meluas. - AFP