KIEV, 28 Oktober- Tiga orang maut akibat angin kencang di Ukraine yang menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Timbalan Ketua Pejabat Presiden, Oleksiy Kuleba berkata, ketiga-tiga mereka maut di wilayah sini, manakala beberapa lagi cedera akibat cuaca buruk itu.
Kira-kira 300,000 orang di 14 wilayah terputus bekalan elektrik dengan barat Khmelnytskyi paling teruk terjejas.
Tiupan angin di wilayah itu mencecah sehingga 30 batu (48 kilometer) sejam. -AFP